Isnin, 31 Oktober 2011

Berita Harian Online | Pengawal baru 3 hari bekerja ditembak mati

Berita Harian Online | Pengawal baru 3 hari bekerja ditembak mati

Ahad, 30 Oktober 2011

SIKAP YANG MENJADIKAN SESEORANG ITU BERJAYA DALAM HIDUP


Jangan berpuashati dengan keadaan baik yang ada pada anda sekarang melainkan anda telah berusaha keras untuk menjadikan yang baik itu menjadi lebih baik. Teruskan belajar untuk memperbaiki hidup agar matlamat ini tercapai. Belajar tidak semestinya melalui sekolah formal atau buku-buku mahal. Kita boleh belajar dan terus belajar melalui pengalaman hidup kita sehari-harian atau melalui pengalaman orang lain. Bak kata pepatah, belajarlah daripada kesalahan-kesalahan orang lain kerana anda tidak akan hidup lama untuk melakukan kesalahan-kesalahan itu sendirian. Apa yang saya ingin kongsi di sini ialah hasil tulisan seorang penulis yang saya kira sangat baik untuk dikongsi bersama. Tulisan beliau ini berkisar tentang nasihat dalam surat kuno yang ditulis oleh Zhuge Liang (181 m-234 m) kepada anaknya. Menurut analisa penulis dari surat kuno tersebut, berikut adalah sikap-sikap yang menguatkan hidup seseorang manusia:-

1. Tenang - Sikap tenang boleh menjernihkan fikiran dan membulatkan tindakan yang lebih tepat. Berbanding dengan orang yang tidak tenang fikirannya kusut dan ragu-ragu dalam melakukan sesuatu tindakan.

2. Berhemat - Sikap berhemat menjamin kesinambungan hidup yang lebih teratur berbanding dengan orang yang boros. Orang yang boros selalu ditimbuni hutang atau kesusahan.

3. Pandai Merancang - Orang yang pandai merancang kehidupan akan sentiasa meletakkan perkara penting sebagai keutamaan dalam hidup berbanding dengan orang yang tidak pandai merancang mereka selalu meletakkan perkara remeh sebagai keutamaan.

4. Sentiasa ingin belajar - Kemampuan seseorang manusia bukan berasal dari pembawaannya sejak dilahirkan, tetapi merupakan hasil dari proses pembelajaran yang dilakukannya secara konsisten sejak dari kecil. Oleh sebab itu jangan berhenti belajar sampai bila-bilapun. Di samping itu, dalam proses pembelajaran kita setiap hari kerendahan hati amat membantu kita untuk menyerap dengan mudah semua ilmu pengetahuan yang diinginkan.

5. Suka memberi - Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya belajar menerima sesuatu dari orang lain. Kita Seharusnya belajar memberi yang terbaik kepada orang lain kerana ini akan membuatkan orang lain lebih menghargai kita.

6. Tidak berlengah - Sifat suka menunda atau melewat-lewatkan sesuatu usaha boleh melambatkan pencapaian sesuatu matlamat. Oleh itu, kita mesti sentiasa cepat bertindak kerana waktu itu adalah amat berharga.

7. Personaliti cemerlang - Perwatakan utuh itu adalah nadi kehormatan dan kegemilangan sesuatu bangsa. Seperti dalam pepatah orang Tionghoa, " Waktu yang diperlukan untuk menanam dan memelihara sebatang pohon adalah 10 tahun, tapi untuk membentuk watak yang utuh untuk sesuatu bangsa memerlukan waktu paling sedikit 100 tahun."

8. Berpandangan jauh - Hal ini juga pernah diucapkan oleh Albert Einstein, "Imagination is everything. It is the preview of life's coming attractions." Imiginasi adalah segalanya.

9. Bersedarhana - "Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out." - Kejayaan adalah hasil dari tindakan-tindakan sederhana yang diulang terus-menerus setiap hari.
Inilah beberapa inti pesan dalam surat-surat Zhuge Liang, yang ditujukan kepada anaknya agar anaknya mampu berfikir, bersikap dan bertindak lebih baik dalam hidup. Kita boleh menyerap pemikirannya untuk menjadi yang terbaik. Insya'allah..

Selasa, 25 Oktober 2011

BERBUAL LELAKI PERNAH MELAKUAKAN ZINA...




diwaktu malam ak dengan si dia   berbincang tentang  apa nak jadi  anak islam yang pernah melakukan perbuatan haram :perbuatan ,perlakukan....hingga tidak takut dengan azab ALLAH yang telah di janjikan itu.....,lalu si dia  mengaku pernah melakukan dosa besar (zina bukan muhsan ) diwaktu awal remaja 15 tahun dan kini si dia sudah umur 18 tahun .....???? ak bertanya kan beberapa 
soalan "ko sudah taubat nasuhah ke?? x pun .si dia memberi sebab kenapa si dia x nak bertaubat:aku takut ak buat lagi zini jadi ak belum bersedia nak bertaubat .... 


Tajuk : APA ITU ZINA?? 
Ertinya“Apa yang membawa kepada haram itu, hukumnya adalah haram.”
Jika perbuatan seseorang itu belum sampai kepada tahap zina yang membawa hukuman hadd, maka ia dikenakan ta’zir, sama ada perbuatan itu belum mencukupi syarat-syarat seperti memasukkan zakar di celah-celah paha ataupun hanya berkhalwat, berpeluk-peluk, bercium-ciuman dan lain-lain seumpamanya. Semua itu adalah haram dan dikenakan ta’zir. Ia tidak syak lagi merupakan pendahuluan zina, maksiat dan dosa besar.
Dasar pengharaman ini antara lain, firman Allah Ta’ala:
h_s10.jpg
Tafsirnya“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).”
(Surah al-Isra’:32)
FirmanNya lagi dalam surah al-Furqan ayat 68:
h_s25.jpg 
Tafsirnya : “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan hak (yang dibenarkan oleh syara’), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian akan mendapat balasan dosanya.”
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pula bersabda daripada Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu ‘Anhuma beliau berkata :
h_s24.jpg 
Maksudnya : “Aku bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam : Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Nabi bersabda : Engkau menjadikan bagi Allah sekutu (sedang) Dia yang menjadikanmu” Berkata Abdullah : “Aku berkata kepadanya (Nabi) : “Sesungguhnya perkara itu amat besar.” Berkata Abdullah :”Aku berkata : ” Kemudian apa lagi?” Bersabda Nabi : Kemudian (selepas itu) engkau membunuh anakmu kerana takut dia akan makan bersamamu (takut kepada kefakiran).” Berkata Abdullah : “Aku berkata : “Kemudian apa ?” Bersabda Nabi : “Kemudian (selepas itu) engkau berzina (dengan) isteri jiranmu.”
(Hadis riwayat Muslim)
Kejahatan dan keburukan daripada perlakuan zina memang tidak dapat dinafikan dan tidak syak lagi akan mengakibatkan berbagai-bagai kerosakan di dalam kehidupan manusia.
Daripada dalil-dalil ini dapatlah kita faham mengapa ugama Islam menetapkan hukuman yang berat terhadap orang-orang yang berzina itu. Bagi lelaki atau perempuan yang berzina yang muhshan hukumannya ialah direjam sampai mati. Manakala bagi lelaki atau perempuan yang berzina yang tidak muhshan, hukumannya disebat seratus kali dan dibuang negeri selama setahun.
zina!!
Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)  

ZINA BUKAN MUHSAN

Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).

Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.

Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak.

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN

Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.

Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”. 

nasihat