Khamis, 30 Jun 2011

semalam pelajar giatmara sudah tamatkan pembelajaran kursus 6 bulan....

BERITA ISU SEMASA PUSAT GIATMARA SABAK BERNAM SESI(1)2011

Bersyukur kapada ALLAH dengan lipah rahmatnya serta memberi hidayah kepada orang yang beriman......
Assalammualaikum....dihormati kepada pembaca...
berakhir sudah 30/6/2011 sesi(1) tamatkan kursus 6 bulan , sye pelajar giatmara sabak bernam merbau berdarah hendak mengucapkan beribu terima kasih kepada semua kakitanagn pusat giatmara terutama guru2 kursus 6 bulan serta kursus setahun ....walaupun kami didenda atau dimarah semua pelajar giatmara tidak ambil hati dengan teguran itu...dan kami semau mohon maaf segala kesalahan yang kami buat selama 6 bulan di gitamara serta halal segala ilmu yang diberi kepada kami ...terutama kursus elektronik Cikgu abas serta Puan nursila...dengan lafas bismilah tamatla...sesi (1)2011 KURSUS 6BULAN BERAKHIR SUDAH AMIN....SEMOGA KAMI BERTEMU SEMULA DIHARI NANTI.....

6 Cara Mudah Menguasai Bahasa Inggeris


Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang jika dilihat dari sudut sejarahnya, merupakan Bahasa Jerman timur yang diperkaya di England ketika era Anglo-Saxon. Ketika di dalam kelas Bahasa Melayu untuk pelajar sains, saya difahamkan bahawa Lingua Franca bagi orang-orang barat sekitar sebelum kurun ke-18 adalah Bahasa Perancis.
Bahasa Inggeris hanya tersebar luas selepas Inggeris melakukan perluasan empayar, yang mana Malaysia juga termasuk ke dalam wilayah yang dijajah oleh Inggeris. Ini mengakibatkan pertukaran sedikit demi sedikit Lingua Franca di wilayah-wilayah ini termasuklah Malaysia.

Natijahnya, Bahasa Inggeris mula menerima pengaruh yang semakin besar dan telah diikitiraf sebagai bahasa yang paling banyak dituturkan oleh penduduk di dunia. Sebagai seorang rakyat Malaysia, menguasai bahasa inggeris ini merupakan satu kelebihan kepada kita kerana, kehidupan seharian kita yang semakin lama semakin banyak terisi dengan bahasa ini.
Jadi, dalam artikel kali ini, saya akan mengetengahkan 6 cara mudah untuk kita belajar dan menguasai Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, usah sekali-kali kita lupa bahasa ibunda kita sendiri kerana bak kata pepatah “bahasa itu jiwa bangsa”. Artikel ini hanya merupakan tip umum dan jika anda kreatif, anda boleh menggunakannya untuk bahasa-bahasa lain pula.


Tip 1: Tonton filem dengan sari kata Bahasa Inggeris

Bagi anda yang selalu menonton filem-filem atau cerita animasi, anda digalakkan untuk menonton filem/dokumentari yang menggunakan Bahasa Inggeris atau filem-filem luar negara yang menggunakan sari kata Bahasa Inggeris. Elakkan daripada menggunakan sari kata Bahasa Melayu. Ini bertujuan agar anda dapat menambahkan vocabulary anda seterusnya berupaya membina tatabahasa. Namun, jangan pula terikut-ikut dengan ciri-ciri negatif yang ditayangkan oleh filem-filem ini. Cari filem yang sesuai dengan anda.
Tip 2: Games yang menggunakan Bahasa Inggeris

Jika anda merupakan gamers tegar, dalam konteks ini, permainan seperti DotA atau Pro Evolution Soccer mungkin tidak banyak membantu dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda. Carilah permainan yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai satu daripada ciri-ciri permainan itu sendiri. Dengan ini, akan akan selalu membelek kamus bagi mengetahui maksud perkataan yang anda kurang fahami.
Tip 3: Salin perkataan beserta maksud

Salin perkataan dan maksud yang anda baru perolehi dan letakkannya di tempat yang selalu anda kunjungi. Jika di asrama, mungkin meja belajar anda adalah tempat yang paling sesuai. Di rumah pula, anda boleh tulis pada sticky notes, kemudian letakkannya di pintu peti sejuk atau meja komputer anda. Ini bertujuan agar anda sentiasa melihat perkataan tersebut dan proses ini akan lebih menguatkan daya ingatan anda terhadap Bahasa Inggeris.


Tip 4: Rahsia Semua Bahasa Adalah Praktik!

Sebenarnya, rahsia semua bahasa di dunia ini adalah praktikaliti. Jika anda sekadar mengetahui teori, tetapi tidak mempraktikkannya, anda tidak akan dapat menguasai bahasa tersebut, hatta bahasa itu merupakan bahasa yang paling mudah di dunia. Latihan demi latihan diperlukan agar anda dapat menguasai bahasa selain daripada bahasa ibunda anda.
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mempraktikkannya, atau anda malu untuk mengucapkan bahasa ini di hadapan orang lain. Tip ke-5 ‘cara mudah belajar Bahasa Inggeris’ ini mungkin dapat membantu anda.


Tip 5: Membuat latihan di hadapan cermin

Jika anda malu untuk menggunakan Bahasa Inggeris di hadapan orang ramai, anda boleh menggunakan cermin sebagai refleksi bagi menggambarkan anda sedang berkomunikasi dengan orang lain. Dengan menggunakan cermin sebagai refleksi orang lain, anda dapat menghilangkan perasaan gemuruh anda, seterusnya membina keyakinan anda dalam berbahasa Inggeris.
Akan tetapi, jangan terlalu bergantung kepada cermin untuk membina keyakinan diri. Keyakinan daripada hasil latihan ini hanya berguna untuk anda mula berkomunikasi dengan orang lain dan ia tidak dapat membantu selamanya. Anda perlu juga sekali-sekali berhadapan dengan manusia sebenar yang boleh diajak berkomunikasi dalam bahasa ini.

Tip 6: Ubah Gaya Pemikiran Anda

Sebenarnya tip terakhir bagi artikel ’6 cara mudah menguasai bahasa inggeris’ ini merupakan kunci yang paling penting untuk anda menguasai Bahasa Inggeris. Anda perlu ubah dahulu pemikiran anda yang mengatakan bahawa, “Saya lemah/tidak boleh berbahasa inggeris“. Sekiranya anda dapat mengubah mind set ini, anda pasti dapat menguasai Bahasa Inggeris, percayalah.
Jika anda dapat menguasai tip ke-6 ini, 5 tips terdahulu akan menjadi semakin mudah dan anda akan mula berasa seronok dalam mempelajari apa jua bahasa, terutamanya Bahasa Inggeris.

Teknik Belajar Matematik


salam.....kepada korang...., actually sye nak kasi
teknik supaya korang suka pelajaran tu so'baca tau!!

1 Ada beberapa perkara yang belajar daripada Budiyamin tentang matematik. Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka
macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita
macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi
sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus
makin benci.

2,matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar
yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik
kerana saya ikut Budiyamin buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin
cekap. Malah, ramai kawan sekelas akan tanya saya dan Budiyamin tentang cara menjawab
soalan matematik.

3, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak
mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab
soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3
minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

4, anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.


5Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah saya akan kongsikan lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai matapelajaran matematik ini.

Rabu, 29 Jun 2011

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan.

Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.



Teknik Belajar 5R-STUV
Recopy [salin semula]
Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
Recheck [semak semula]
Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]


s-sumarize [ringkaskan nota penting]
t-test your self [uji diri anda]
u-use [gunakan]
V-visualize [bayangkan selalu]


Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.



Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG

MASA BELAJAR WAKTU SUBUH

Lain-lain masa yang perlu diurus.

Masa ditelipon-pendekan perbualan
Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
Masa mendengar radio(kurangkan masa)
Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.



Teknik Belajar PV3R
Preview (tinjauan awal)
Question (soal diri)
Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
Recite & write (lafaz dan tulis nota)
Review (tinjauan akhir)
Sumarize (ringkaskan)
Test your self (uji diri anda)
Use (gunakan)
Visualize (bayangkan)


7 Cara Cemerlangkan Otak
Positive mental attitude & positive physical action.
Air-clean air for the brain.
Mental Challenges for the brain.
Food for the brain.
Exercise for the brain.
Sleep for the brain.
Meditation & power brain./


Amalan peningkatan daya ingatan
Faham.
Jarakkan/pecahkan masa belajar.
Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
Percaya pada diri sendiri.
Ulang berkali-kali.
Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).


AMALKAN SEMOGA BERJAYA

untuk semua yang masih belajar atau berkerja!!!
dan mari kongsi pendapat anda!!

KAEDAH-KAEDAH BELAJAR JARANG-JARANG diketahui oleh sesetengah pelajar bagaimana kejayaan menyusuli setiap usaha dan ketekunan mereka.

Tidak diketahui pula bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang dilakukan itu akan memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya ! setiap orang harus memikirkan soal ini.

Walaupun cara mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan mengikut jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan.

Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan dan kekuatan berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar. Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Tetapi bukanlah faktor yang utama yang menafikan faktor yang lain.

Keterangan-keterangan berikut mengandungi punca-punca yang akan membantu kejayaan seseorang itu :

(a) Kecerdikan dan kebolehan yang istimewa .............. 50 - 60 %
(b) Kesungguhan , minat dan cara-cara mentelaah yang memberi
kesan ............................ 30 -40 %
(c) Nasib dan faktor persekitaran .................................. 10 - 15 %

Kebolehan sebenarnya dapat menolong seseorang ke arah kejayaan itu tetapi kebolehan sahaja tidaklah memadai. Ramai di antara pelajar yang bijak kecewa terutama dalam subjek-subjek yang sukar seperti Matematik dan Sains. Sebab utamanya para pelajar tidak merangkumi keseluruhan teknik yang diperlukan atau tidak pernah memikirkan cara-cara untuk belajar dengan berkesan. Umpamanya rancangan dengan jadual belajar .

JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN IKHLAS :

1. Adakah kamu mempunyai rancangan jadual melakukan sesuatu
setiap hari ? Ya / Tidak

2. Kalau benar adakah kamu mematuhinya ? Ya / Tidak

3. Adakah kamu menghadapi sebarang masalah apabila hendak
memulakan study kamu ? Ya / Tidak

4. Adakah kamu memulakan pelajaran tepat pada
waktunya ? Ya / Tidak

5. Adakah kamu berasa tugas anda menarik ? Ya / Tidak

6. Adakah kamu berbincang tentang sesuatu perkara yang telah
dibaca bersama-sama orang lain ? Ya / Tidak

7. Pernahkah kamu bertanya apa yang kamu kurang faham atau tidak
mengetahuinya ? Ya / Tidak

8. Pernahkah kamu membuat kajian sepintas lalu dahulu sebelum
membaca dengan teliti ? Ya / Tidak

9. Adakah kamu tidak memberi perhatian kepada jadual dan rajah
semasa membaca ? Ya / Tidak

10. Adakah kamu menyimpan nota-nota mengenai satu pelajaran di
tempat yang sama ? Ya / Tidak

11. Adakah kamu membuat catatan,rajah,jawapan dan sebagainya
daripada apa yang dibaca dalam
perkataan sendiri ? Ya / Tidak

12. Adakah kamu bersedia untuk peperiksaan sehingga
l arut malam ? Ya / Tidak

13. Adakah kamu mendapat tidur atau kerehatan
yang cukup ? Ya / Tidak

14. Adakah kamu dapat markah yang rendah jika ujian dibuat
secara tidak disangka-sangka ? Ya / Tidak

JAWAPAN :
1. Ya 8. Ya
2. Ya 9. Tidak
3. Tidak 10. Ya
4. Ya 11. Ya
5. Ya 12. Tidak
6. Ya 13. Ya
7. Ya 14. Tidak

Kamu dapat membuat kesimpulan yang tersendiri sejauh mana kemajuan yang telah kamu perolehi. Atau adakah pertanyaan-pertanyaan di atas itu telah terjawab dan kamu telahpun mengamalkannya?

Jika anda gagal dalam banyak ujian di atas maka fikirlah segera cara membaikinya.

Adakah hidup kamu benar-benar dirancang? Cuba analisis diri dengan berpandukan jadual berikut :

Kegiatan / Lama Yang Sepatutnya
Tidur / 6 - 7 jam
Makan / 1 jam 15 minit
Mengikuti kelas@pejabat / 6 jam
Belajar / 4 jam
Kelab,persatuan,sukan / 2 jam
Aktiviti-aktiviti sosial /1 jam
Perjalanan / 1 jam
Lain-lain pekerjaan yang perlu / 1 jam

Jumlah / 24 jam

Masa belajar setiap hari mesti tidak kurang 4 jam. Jika tidak dapat dicapai maka kamu mesti berfikir secara serius, kenapa? Munginkah kerana tidur dan berbaring-baring atas katil melebihi 8 jam? Atau mungkin juga akiviti sosial dan lain-lain pekerjaan yang perlu memakan masa lebih daripada 2 jam. Umpamanya berbual-bual kosong, menonton TV atau mandi yang terlalu lama.

Ingatlah "masa itu emas". Sekiranya ia berlaku kamu tidak dapat memilikinya lagi. Mengikut kata pujangga "Hari kelmarin sudah pun pergi, hari ini pasti ada ; hai esok belum tentu bahagia". Jadi kita mesti gunakan masa yang pasti ada ini untuk menyediakan hari esok yang akan tiba. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya. Setiap kesempatan mesti digunakan untuk belajar.

Biasakan diri dengan tabiat membaca umpamanya sementara menunggu bas, semasa di kantin, semasa membuang air besar dan lain-lain.

Pendek kata dunia kamu adalah buku dan kamu mestilah menumpukan sepenuhnya pada pelajaran.

Kelulusan kamu sama ada peringkat cemerlang (Distinction) kepujian (credit) atau lulus (pass) bergantung kepada pemusatan fikiran dan perhatian yang diberikan. Kalau kamu bertekad mendapat Pangkat A1 atau A2, kamu mestilah mencurahkan tenaga dan masa seperti orang yang mahu mendapatkan pangkat lebih daripada A1. Dan kalau kamu ingin mendapat kepujian (katakan C6) curahkan tenaga untuk mendapatkan A2. Ringkasnya curahkan tenaga berkali-kali ganda lebih banyak atau tinggi daripada apa yang dicita-citakan.

Anda harus mempunyai rasa tanggungjawab dan disiplin diri. Orang yang bertanggungjawab akan berusaha besungguh-sungguh agar lulus dengan baik. Dia sedar akan maruahnya .

Masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar ialah godaaan (ancaman) pengaruh luar seperti kawan, permainan, kelab, hiburan dan seumpamanya . Semua ini akan berjaya mematahkan semangat dan memesongkan haluan kamu jika azam kamu tidak kuat , matlamat tidak bulat dan padu.

Segala usaha dan ikhtiar kan dibalas baik jika dilakukan dengan betul dan bersungguh-sungguh. Ucapkan nama Tuhan sebelum memulakan sesuatu

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR
Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :

a. Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Belajar secara duduk tegak
lebih baik daripada berbaring atau bersandar.
b. Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang serius . Semasa
membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.
c. Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya secara berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.
d. Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang dibaca.
Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan. Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang kaji dibuat dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1 tahun.

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS
BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :

Pilih satu tajuk dan baca nota.
Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
Baca dan garis fakta.
Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
Susun fakta ( jika perlu ).
Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
Bandingkan apa yang kamu tulis.
Ulang hingga kamu puas hati.
Ulang membaca fakta , jika ada masa.
Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.
Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah :

Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.
Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja.
Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.
TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR
JADUAL belajar amat perlu . Ia merupakan satu aspek pengurusan masa. Ia adalah satu ikatan atau disiplin diri, untuk memanfaatkan masa yang terluang. Setelah ditolak masa di sekolah, masa tidur, masa bersukan, masa makan, masa tuisyen ( atau kelas tambahan ) dan lain-lain.

Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang perlu diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan juga kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza.

Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar. Contohnya

Hari Ahad : 9.00 pagi - 10.00 pagi
: 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
: 2.00 petang - 3.30 petang
: 3.30 petang - 5.00 petang
: 8.30 malam - 10.00 malam
: 10.00 malam - 11.30 malam

Hari Isnin : 2.30 petang - 4.00 petang
: 4.00 petang - 5.30 petang
: 8.30 petang - 10.00 malam
: 10.00 malam - 11.30 malam

Langkah kedua, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran, berdasarkan keentingan dan kelemahan diri.

Contohnya :

Matematik - 4 kali seminggu
Bahasa Inggeris - 2 kali
Sejarah - 4 kali
dan seterusnya
Langkah ketiga, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas.

PERINGATAN :

Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar , berbeza mengikut hari , maka jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari.
Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00 pagi.
Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia boleh dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya .
Pematuhan kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga.
TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN
SEBAGAI calon peperiksaan rasmi sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSr, kamu tidak seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran. Persediaan awal perlu dibuat sebaik sahaja sekolah dibuka. Kamu sepatutnya sudah mula membuat nota.

Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada pelbagai sumber untuk tujuan ulang kaji. Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku teks, buku rujukan, perbincangan berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah. Dari situ, kita mengambil isi-isi penting untuk diingat atau difahami.

Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi? Bagaimana bentuk nota kamu? Banyak sebab mengapa kita mesti mempunyai nota - yang kita tulis sendiri, kita sediakan sendiri, kita susun sendiri, dan kitalah pengarangnya. Membuat nota sendiri perlu dilakukan secara berterusan setiap hari, tidak semestinya menjelang peperiksaan saja.

Cuba kamu ikut contoh Fazley, seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam SPM. Dengan keputusan yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan pelajaran ke Victoria University, Welllington, New Zealand dalam bidang Perdagangan dan Pentadbiran. Tentu kamu tertanya-tanya , bagaimana dia boleh skor A dalam setiap mata pelajaran yang telah diambilnya. Fazley mula membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat lagi. Jika kamu mahu mengikuti jejak langkahnya, ayuh ... jangan bertangguh ... mulakan dari sekarang. Mari ikut teknik Fazley.

LANGKAH PERTAMA

Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil. Sebenarnya, kamu boleh menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang kepada kemampuan dan keselesaan kamu.

LANGKAH KEDUA

Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata penting diwarnakan. Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang dibaca. Bacalah mengikut bab atau topik. Tidak perlu baca banyak perkara. Yang penting kamu faham, kemudian baru buat nota.

LANGKAH KETIGA

Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum

LANGKAH KEEMPAT

Mula menulis nota mengikut kolum . Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua bahagian (subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat kolum itu untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang lain. Gunakan pen yang berlainan warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat meningkatkan tahap ingatan.

LANGKAH KELIMA

Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang penting. Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran kamu tidak keliru. Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan warna yang sama untuk subjek lain pula. Contohnya, tarikh penting - warna merah, nama tokoh - warna biru.

LANGKAH KEENAM

Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk meninggalkan sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar.

LANGKAH KETUJUH

Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana . Jika ada masa terluang , silalah baca .

Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik, Fazley menasihatkan pelajar agar menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan pengiraan. Latihan perlu dibuat selalu agar pelajar biasa dengan corak soalan. Fazley berpendapat bahawa subjek Matematik memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian yang betul secara sistematik. Jalan penyelesaian yang betul akan menemukan jawapan yang tepat dan mendapat markah yang baik.

Menurut Fazley, dia akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja. Misalnya, ketika menunggu bas, dia tidak perlu membawa buku tebal, tetapi hanya membaca nota kecil itu. Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa nota yang dibuat tanpa menunggu hari peperiksaan.

Kaedah di atas adalah berdasarkan pengalaman Fazley sendiri. Sebenarnya, ada banyak lagi teknik belajar mengikut keselesaan kamu. Belajar awal dan membuat nota pada peringkat awal dapat menimbulkan semangat yakin pada kebolehan diri dan kamu akan merasakan bahawa diri kamu telah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan ketika pelajar lain baru hendak membuat persediaan. Dengan cara ini kamu mempunyai stamina untuk mengulang kaji semua mata pelajaran yang telah kamu buat mengikut kesesuaian kamu.

PETA MINDA

Kaedah membuat nota jenis peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan . Kaedah ini lebih menitikberatkan grafik dan kata kunci. Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan kaedah biasa kerana kita dapat menyeimbangkan pengguanaan otak kiri dan otak kanan. Di samping itu, peta minda merupakan kaedah yag berkesan untuk mendapatkan semuala makluat daripada ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat.

Peta minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Melalui peta minda, kamuberhubung secara aktif dengan maklumat dalam ingatan kamu seoalah-olah kamu berbicara dengan daya ingatan kamu sendiri. Segala maklumat yang kamu susun dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan secara tepat dan mudah difahami.

PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA

Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak, dan pernafasan biarlah betul
Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar
Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan / latihan , gambar rajah dan carta
Baca keseluruhan teks dengan laju
Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting
Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda
Bina peta minda

KAEDAH MEMBUaT PETA MINDA

Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas
Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan berbeza supaya lebih menarik
Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya
Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah . Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi
Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut . Gunakan simbol
Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini
NOTA ISTILAH

Nota istilah digunakan untuk menyalin istilah-istilah sukar , difinisi , atau formula di atas kad atau kertas . Nota istilah ini boleh digunakan sebagai bahan untuk mengulang kaji tanpa mengira masa dan tempat .

KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH

Baca topik dengan teliti
Tandakan istilah , formula atau definisi-definisi yang penting
Catatkan istilah , formula atau definisi di atas kertas . Gunakan kertas keras dan pen berwarna untuk menjadikan nota tersebut menarik dan tahan lama
Nota yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Kamu boleh guna ringkasan perkataan atau simbol seperti yg , dgn , cth , & . Lihat contoh

Subjek : Sejarah Dunia (tingkatan 4)
Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal (bab 1)
1 . Zaman Paleolitik

Manusia hidup berpindah-randah - dlm kelompok yg kecil
Mencari sumber makanan - tumbuhan liar
Memburu binatang - dimkn
Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat
Tinggal - di dlm gua - di bwh ranting-ranting yg ditutup dgn rumput-rampai
Peralatan harian - diperbuat drp batu & tulang

NOTA GAMBAR RAJAH
Nota gambar rajah dapat memberikan gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu topik yang dipelajari . Kaedah ini dapat membantu mengimbas kembali topik yang sedang diulang kaji . Gambar rajah atau carta penting , bolehlah kamu salin daripada nota , buku teks atau buku rujukan . Gunakan pen berwarna untuk menjadikan nota gambar rajah ini lebih menarik . Kamu bebas untuk memilih bentuk gambar rajah .

KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH

Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak , dan pernafasan biarlah betul
Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising
Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan/latihan , gambar rajah dan carta .
Ketika mencatat nota , hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak faham tentang sesuatu fakta . Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota yang tidak perlu atau tidak penting . Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta penting yang erlu diberi penekanan dalam proses pembelajaran . Guru yang prihatin biasanya akan cuba memberikan seberapa banyak bahan yang boleh selain buku teks .

Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal dan amat penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula . Cuba ingat nota-nota penting dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan sempurna merupakan pasport kejayaan kamu dalam peperiksaan.

ADAB2 belajar serta bertangunjawab





1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.

2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.

3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.

4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.

5. Memahami apa yang dibaca.

6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

7. Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.

8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.

9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.

11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.

nasihat